Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Malaysia (Happy Malaysia Day)


Malay version

Hari Malaysia dijadikan sebagai cuti umum buat pertama kali pada tahun ini. Harapan saya yang pertama ialah kualiti sistem pengangkutan keseluruhan akan diperbaiki secepat mungkin supaya setanding dengan kualiti sistem pengangkutan negara maju seperti Singapura. Ketepatan masa tren Komuter mesti dilakukan untuk menghargai semua penumpang. Pihak pentadbiran Komuter diharapkan tidak 'buta' tentang isu kelewatan tren Komuter ke stesen. Harapan saya yang kedua ialah tiada orang bukan Cina yang mengejek dan menghina orang Cina

Harapan saya yang ketiga ialah rusuhan kaum tidak pernah akan berlaku lagi pada masa depan. Harapan keeempat ialah penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) diperakui sebagai salah satu cara pengajaran pelajar-pelajar pekak di semua sekolah yang berkaitan dengan pendidikan khas kategori bermasalah pendengaran. Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) perlu dimansuhkan kerana tidak banyak membantu sebahagian pelajar menguasai tatabahasa Bahasa Melayu.

Harapan kelima ialah semakin ramai rakyat Malaysia menghormati dan membantu golongan orang kelainan upaya dari segi keperluan dan sosial.

English version

Malaysia Day as a holiday for the first time this year. I hope the first is the quality of the overall transportation system will be repaired as soon as possible to the level of quality transport system developed country like Singapore. Commuter train punctuality must be made to appreciate all the passengers. Commuter administration would not 'blind' on the issue of delays to commuter train stations. My second hope is that no non-Chinese people taunted and insulted the Chinese

The third is the riots never happen again in the future. The fourth is the use of Sign Language Malaysia (BIM) is certified as a way of teaching deaf students in all schools connected to the special education category of hearing loss. Coded should be abolished because the Malay language is not much help students master the grammar of the Malay language.

The fifth is the hope that more and more Malaysians to respect and help the disabled people in terms of variety and social needs.


Satu Bangsa

2 comments:

Chai Yun said...

I don't agree! KTBM telah berjasa kerana membantu saya dan kawan lain dalam pelajaran selama ini. Bagi saya, BIM dan KTBM adalah sama fungsinya,iaitu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam pelajaran.

Wei Xiong said...

Yun, thanks for your opinion. However many deaf people are not good at grammar especially BM although they had to learn KTBM.